Dengan rahmat Allah ada orang bertaqwa banyak dapat pahala yang bukan amalannya atau bukan amalan lahirnya
Bukan pahala hasil usahanya
Niat yang baik tapi dia tidak dapat berbuat diberi pahala
Seperti penderitaan, kesusahan, kesakitan yang ditimpakan kepadanya sabar dia menerimanya
Niat jahat tapi tidak jadi hendak buat pun dapat pahala
Orang mencacinya, menfitnahnya, menghinanya, hasad dengki dengannya
dia tidak membalasnya bahkan mendoakannya
Kehendak-kehendaknya yang tidak tercapai, kadar yang dia mahu tidak sampai,
dia redha menerimanya
Ilmu yang dia ajarkan, kemudian orang yang mendengar itu mengamalkan,
pahala baginya yang mengajar
Kebaikan yang seseorang itu lakukan, kemudian diikut orang, dianggap macam dia melaksanakannya
Anak yang soleh hasil didikan ibu bapanya, setiap apa yang diamalkan oleh anak-anaknya dia dapat pahalanya
Fakir, miskin ada yang dia inginkan, kerana susahnya tidak dapat dia hasilkan,
pahala baginya
Bahkan setiap apa sahaja yang dia inginkan tidak mampu mendapatkannya
Tuhan beri pahala
Ada godaan-godaan dunia yang haram mempengaruhinya kerana dengan Tuhannya dia jauhi pahala pula baginya
Doa yang tidak dikabulkan di dunia pahalanya diberi di Syurga
Rasa kehambaan seseorang hamba, malunya kepada Tuhan, rasa bertuhan semuanya pahala, ia bukan perbuatan
Rasa takut, cinta kepada Tuhan yang mempengaruhi hatinya juga pahala
yang juga bukan bentuk amalan
Lihat orang susah rasa kasihan, melihat orang menderita dia rasa derita
Melihat orang senang atau mendapati kejayaan dia turut gembira juga pahala
Itulah dia sebahagian pahala percuma yang didapatii oleh orang yang bertaqwa
yang bukan hasil perbuatan
Pahala-pahala percuma itu adakalanya lebih banyak daripada pahala yang dibuatnya
Begitulah rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi